top of page
Search

Facebook Content Writing Belum Mati

Ada satu Facebook post dari rakan rujukan bisnes saya di BNI Jerai viral, engagement tinggi, banyak share. Page Mandarin pun share dengan suka rela tanpa dibayar apa-apa.



Aifaa Sopi, pemilik Flour Crown, kedai kek dan pastri dekat JITRA, yang BUAT croissants dan kek dan roti daripada awal sampai akhir. Copywriting penuh beliau:


Sapa sini orang Jitra? 🙋🏻‍♀️
Saya orang Jitra, dan saya bangga dengan kedai saya.

Flourcrown merupakan satu-satunya kedai kek dan pastri dekat JITRA, yang BUAT croissants dan kek dan roti daripada awal sampai akhir.

Jemput datang kedai saya, sapa2 yang baca post ni saya nak bagi promo rahsia. Beli apa sahaja melebihi RM50, tambah RM5 untuk dapatkan Cafe Latte ataupun Peach Tea. Dibuat secara teliti oleh barista kami! ☕️

📍Flourcrown Baking Studio, Taman Melur, Jitra. (Cari kedai warna pink ada bunga kat luaq, kami laa tu)
⏰ Buka setiap 12pm -7pm, tutup setiap SELASA. Hari Isnin buka awal jam 9 pagi sampai 7 petang.
📲 0174187200 atau click link ni https://campsite.bio/flourcrown

Mai la support kami naaa, kesian bakers kami buat roti pagi-pagi tapi orang Jitra taktau kewujudan kami 🥺🥐

Kebetulan sebelum tu, seorang lagi rakan rujukan bisnes saya share 7 Teknik Iklan Gambar. Dia dapat lepas pergi kelas yang dia bayar RM 8,000.00 🤯

Saya kaji copywriting Aifaa ini dan bandingkan dengan teknik copywriting.


Banyak persamaan yang saya tengok. Struktur copywriting yang kawan saya kongsi tu ada:

  1. Hook

  2. Product intro

  3. Unique Selling Preposition / Kelebihan produk

  4. Customer segment

  5. Tunjuk bukti

  6. Offer

  7. Call to action

Saya test teknik ini dengan usahawan NCER Baling. Memang berkesan. Please bare with us. Depa ni, kebanyakkan baru saja create Facebook Page ketika dalam kelas. Dah berniaga lama, tapi first time nak manfaatkan Facebook buat free marketing.


Kami brainstorm sama-sama apa nak tulis dalam 7 elemen copywriting ni. Ini adalah hasilnya.



Facebook: bcooqiss



Facebook: Pekasam Tok Ani


***DISCLAIMER

Likes dan comments dalam post usahawan NCER Baling ni, banyak dari kawan-kawan depa lah. Namun, inquiry masuk banyak dan berjaya jual melalui Whatsapp.


Orang kampung yang first time create Facebook page boleh buat. InshaAllah kita pun boleh. Ayuh.


Belajar sesuatu ? Boleh share dengan kawan-kawan.

 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page